APA BAGUSNYE TERKECEWA DALAM BERCINTA ...
Pastinya anda semua akan tertanya-tanya dan menganggap tiada yang bagusnya apabila terkecewa dalam bercinta, ....kan....?
Buat sakit hati je...nak pecah dada...sebak tak terkira...sampai kering airmata. Bersedih sepanjang waktu...
YES I DO!...aku pernah dikecewakan. Bukan sekali, banyak kali! Sebenarnya, dari pengalaman aku sendiri, setelah kegagalan demi kegagalan di dalam setiap perhubungan cinta yang telah aku lalui, ianya telah banyak mengajar aku selok-belok dalam merungkai rahsia hati menjadi lebih tabah dan STRONG!...
Sebenarnya aku pernah merasa berbagai jenis situasi, kekasih curang pernah.. kekasih kaki perempuan, kekasih yang suka amik kesempatan, kekasih yang pentingkan kawan2 lebih dri gf die sendiri,kekasih jenis pengikis, n mcm2 lagi.. n selebihnya aku sndri yang mnciptakan kekecewaan itu.. ops.. bukan aku pinta kekecewaan itu tetapi aku tepksa.. xtually x slh kita berkorban ttpi pengorbanan x semestinye kerna cinta rite… so lu piker la sendiri…
Namun, Alhamdulillah...pada setiap kegagalan dan kekecewaan sesebuah perhubungan cinta aku itu, dapatlah aku merasakan nikmat kekecewaannya iaitu setiap perpisahan yang berlaku, dan pada setiap kekecewaan itu aku pasti menemui satu dunia baru, sebuah kehidupan yang berlainan dari biasa...dan selalunya, satu percintaan yang baru dengan pasangan baru yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya.
"Seolah-olah ianya satu latihan, apabila aku bertemu dan berpisah dengan lelaki ini, ianya adalah untuk aku belajar kerana aku akan menemui lelaki itu."Jadi, sudah pastinya aku akan tersenyum... dan hampir setiap kali aku memulakan sebuah percintaan baru, aku merasakan pengalaman silam dan kekecewaan yang lepas menjadikan aku seorang kekasih yang lebih baik! Sebab itulah lama-kelamaan, aku hanya mengambil masa paling lama satu hari sahaja untuk berduka jika berlakunya perpisahan, kerana aku tahu kegembiraan dan kebahagiaan pasti hadir tidak lama lagi.
SO, Apa yang bagusnya bila terkecewa dalam cinta???...itulah yang bagusnya! Ia menjadikan kita lebih hebat dalam bercinta, lebih sabar dan tabah malah jauh lebih berpengalaman dalam menangani berbagai persoalan cinta. Well seperti yang aku lakukan sekarang...hehehe..So, ingat!...Apabila berlaku perpisahan dan kekecewaan, ianya adalah kerana anda akan menemui satu dunia baru, sebuah kehidupan yang berlainan dari biasa...dan selalunya, satu percintaan yang baru dengan pasangan baru yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya! Jadi anda patut bersyukur malah kalau boleh bergembira kerana anda bakal bertemu orang baru, mesti so exciting!
Dan anda juga harus merasa lega kerana anda telah terlepas dari satu bala dari bersama orang yang tidak menghargai anda.Pesanan aku pada you all semua, Insyaallah you akan berjaya jika you percayakan kepada kebahagiaan dan jangan fikirkan kedukaan. Please, jangan putus asa! Semakin banyak kita dikecewakan, sebenarnya kita menambah ilmu di dada sehingga kita menjadi semakin bagus malah kita sebenarnya telah menghampiri jodoh kepada sebuah cinta yang sejati!
p/s : adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar hanya untuk ketawa dan adakalanye kita perlu ketawa agar kita tahu mahalnya airmat.. bersyukur pada orng yang menyakitimu kerna dia yng menabahkanmu.. bersyukur pada orng yang tidak mengendahkanmu kerna dia yng memupuk mu berdikari.. bersyukur pada orng yang menjatuhkanmu kerna dia orng yng memperhebatkanmu, kemampuanmu.. bersyukur pada orng yng menyiksamu kerna dia menguji kesabaran n ketabahanmu….
Monday
Posted by ITU SALAH at 9:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment